Ahad, 19 Disember 2010

Idol FArahnakal


Tuu dia...
                                  Jejaka tampan ini bernama Lee Hong Gi..
Dia dari kumpulan Ft Island..
Dia ni popular jugak la..
tapi saya tak minat, Farah minat la..
Lee Hong Gi adalah antara jejaka idol yang Farah minat..
Tahu kenapa saya kata 'antara'
sebab Farah minat ramai lagi..tak terbilang..hahaha..
Contohnya..Kim Jun, Jang geuk suk..hmm..apa lagi ya..
tapi memang banyak juga sampai saya tak ingat..


Jumaat, 26 November 2010

Bandar Icity yang begitu cantik!!


Inilah gambar dibandar Icity...
Cantik sangat tempat tu.
tak percaya pergi la tengok sendiri..
Dan ini adalah kali pertama kami pergi ke sana..
Mula-mula sampai, kami dah terpegun melihat kecantikannya..
Cantik..






Aktiviti selepas PMR

Aku ada masuk acara untuk gubahan bunga..
sepatutnya bukan aku la yang masuk..
tiba-tiba peserta dari kumpulan kami seorang tak boleh join..
Dia ada kerja kena panggil dengan cikgu..
Jadi, akulah back upnya..
Aku gubah je apa yang patut..
Dan hasilnya, seperti yang anda lihat..

Okey tak??? First time ni gubah bunga..
Apa pun, inilah pengalaman yang aku akan ingat..
Nanti nak gubah apa pula ya??

Pemandangan di Sekolah!!!

Sebelum brtolak brbuka puasa diluar, kamie sempat bergambar dahulu..
memang gila kamera betoi laa.. hahaha..

bermacam gelagat yang kamie wat..
but.. the picture is the best among best..
Amacam comel tak??

Minat Najihah!!!

 Ini gambar Yong Hwa dari kumpulan CnBlue..
Dia berlakon dalam cerita He's beautiful..(setakat yang ditengok la)
Dia juga ada dalam cerita we got married dengan Seo Hyun dari kumpulan Girl's Generation.
Lagu yang paling popular CnBlue pernah hasilkan adalah
I'm a loner..+ love..
itu je yang saya tahu..
Boleh di katakan kumpulan ini baru dalam industri muzik..














Dan ini pula.. Kim Hyun Joong.. Boleh dikatakan Najihah paling minat yang ini..
Kim Hyun Joong ialah ketua kumpulan SS501..
Dengar cerita kumpulan tu dah berpecah.. dan bertukar menjadi SS301.. entah betul ke tidak, saya pun tak tahu..
Sedih juga bila tahu mereka dah berpecah.. sebab saya minat SS501.. Lagu mereka memang best!!
Contoh lagu..Find, love ya, deja vu, a song calling for u, love like this, coward dan banyak lagi la..


Rabu, 24 November 2010

SwAn in pose





Olla.. lama tak bukak blog nie..
sibuk sikit..
And lepas nie.. akn ada bnyak lagi gambar yang akan di upload..
huahahaha..
This is all about us..
Good Luck For PMR!!
takut nie..dupdapdupdap...
boleh dengar tak???

Rabu, 13 Oktober 2010

Last day puasa ramai2!!!

Time nie last day before cuti raya...
Semua budak form 3 berbuka puasa sama-sama..
Di Perindu, Kuala Kedah..
Siapa yang ada alah maknan laut,
time tu dah tak kisah..kamie mkn je..
tak ingat alah punye cerita..
sebab bayar duit laa + SEDAP = berbaloi..








                                      
Sementara nak tunggu buka puasa..
Kami sempat mengambil beberapa keping gambar..
Ini antara gambar yang diambil..
Gembira sangat waktu tu..


Selasa, 12 Oktober 2010

Band yang Are_in minat!!




Saya pula suka lagu yang bertajuk SHUNKAN SENTIMENTAL...Lagu mreka di mainkan ketika ending ALCHEMIST FULLMENTAL..
Saya suka style mereka..
Dan mereka ada empat orang..
macam group kami la pula..
Hahaha..bangga ni..
Wah!!! Smart giler video clip mereka..




SCANDAL.nama band nie..(sugoii-hebat)
merekalah idola saye yang ke-2.. hahaha..
yang pertama ialah..
biarlah rahsia..

Isnin, 6 September 2010

lukisan mereka brdua


Ini lukisan yang dihasilkan oleh Farah.. (kawaii-ne?)
Waktu tu masing-masing nak tunjukkan pakar
dan inilah hasilnya..
Cun tak??




Lukisan ni pula daripada Balqis..
Kiranya Farah vs Balqis la nie..
Hahaha.. tak ada la..
Saja boring.. Jadi mereka berdua pun tunjuk la skill dalam seni..
Aku sukakannya!!

Jumaat, 13 Ogos 2010

Kelantan punyer cerita


           Ini gambar ketika di Kelantan.. Ada program dengan bebudak Maherian..Aku, Farah dan Najihah pergi.. kecuali Balqis.. Kesian dia duduk sowang-sowang kat hostel.. seminggu pulak tu.. yg syok, farah nangis sebab rindu balqis la.. hahaha.. Aku pun rindu juga tapi mana boleh menangis.. Kalau aku menangis siapa yang nak pujuk Farah???

 Ini pula gambar kat pantai..
Sehari sebelum balik ke Kedah..Kami pergi la melawat sikit kat sana..
Biar pun aku dah banyak kali pergi, biarlah buat-buat teruja sikit..
Kan pergi dengan kawan-kawan.. Mana sama feelnya..
Tapi inilah pengalaman yang paling berharga yang kami dapat
Pergi belajar di tempat lain sekejap.. timba ilmu
Jauh berjalan..banyak ilmu yang kami dapat..(ubah sikit peribahasa)

Farah_Nakal 1

Orang yang minat bola antara kami berempat ialah..
Farah dan Najihah..
Farah paling minat..
Dia sampai terlalu sedih bila kumpulan yang dia minat tu kalah..
Sabar, sabar..

Jumaat, 30 Julai 2010

Are_in FuNnY??

Saya?? Nama saya ialah (macam budak sekolah rendah la pulak)
`AIN SURAIYA..
Hobi saya melukis dan mengarang cerita..
sebagai release tension dan kelebihan yang ada pada diri ini..
Saya suka melihat kawan-kawan saya tersenyum gembira..
itu dah cukup untuk saya..
Saya akan jadi serius bila perlu..
tu pun bukan serius sangat..hahaha..
Dan saya suka buat-buat merajuk dengan kawan-kawan saya..
kenapa?? saja.. Hahaha..
Pasal cita-cita..
Saya suka yang mencabar, perlukan penyiasatan, seronok dan manfaat untuk orang lain juga..
Balqis ada ajak untuk join dia jadi forensik.. setelah berfikir..
Keputusannya maybe DOKTOR..whatever it is.. i like science..
I HOPE I CAN BE BETTER THAN TODAY!!!

Farah_Nakal

Nama dia pula ialah
NORFARAH WAHIDA
Dia paling suka study hard..kalau tak ada buku di tangan memang tak sah..
Habis belajar mesti akan pegang buku juga..
majalah EPOP la..
Peminat korea ni, sama la macam Balqis, Najihah pun dah terikut sikit dah..
Dia seorang yang ramah, kadang-kadang dia boleh jadi seorang yang cepat marah bila mood tak ada..
Tak apa..aku faham..hahaha..
Dia paling rapat dengan aku..
Dia ingin menjadi seorang PILOT!
Teruskan usaha anda..saya sentiasa doakan kejayaan anda..>-<
ALL THE BEST!!!

Jihah_Boss

Ini pula ialah...
NAZHYATUL NAJIHAH
Dia seorang yang tegas dan manja kadang-kadang
dia juga seorang yang garang tau..jangan takut dia tak makan orang
hahaha..jangan silap teka..
ya la.. kata orang don't judge a book by its cover..
Dia suka belajar..(semua orang suka belajar..hahaha)
Dia seorang yang baik..
Cita-cita dia adalah ARKITEK
GOOD LUCK!!!

Pwincess_Balqis

Si gadis pemalu ni diberi nama
SITI BALQIS
Dia suka berjimat cermat..suka serius dan suka bergaduh dengan Najihah
Ala gaduh antara kawan-kawan..hahaha
Tahu tak? Dia pandai memasak..Dia juga seorang yang pemalu..
Kalau tengok kat dia lama-lama, dia akan blushing..hahaha.
Dia bercita-cita nak jadi FORENSIK!!
WISH YOU ALL THE BEST!! :D
psst: bukan senang nak ambil gambar dia tau..

S.W.A.N.


Ini adalah first time aku buat blog..
Mula-mula memang aku tak ada minat nak buat blog..
Dan ini adalah idea daripada kawan-kawan aku yang merangkap bestfriends aku..
So, aku try la buat..
Blog ni adalah bertujuan untuk mempromosikan group kami..
cehh! Tak la.. tujuan sebenarnya nak jadikan blog dan semua gambar-gambar dalam blog ni sebagai
memori yang paling indah antara kami berempat..
Kenapa S.W.A.N???
Kami gabung beberapa huruf nama depan dan terhasillah perkataan
SWAN!!
dan nama ni juga ada maksud yang tersembunyi..
bagi aku la.. hahaha..